Tuesday 12 November 2013

Khabar Kerajaan Johor Pinda Cuti Mingguan Ke Hari Jumaat, Sabtu Adalah Palsu

Selepas beberapa hari tersebarnya makluman bahawa Johor akan bercuti minggu pada hari Jumaat..hari ini Facebook Kesultanan Johor telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

Kepada rakyat Johor sekalian, jangan terpedaya dengan sebaran berkenaan pengumuman pindaan cuti bagi negeri Johor di media sosial atau sistem pesanan ringkas. Ini semua adalah palsu.
Mohon sebaran.
Jangan membuat sebarang spekulasi berkenaan pindaan cuti bagi negeri Johor. Pengumuman di media sosial tidak boleh digunapakai. Tunggu pengumuman dari SUK Johor. 
Dokumen yang tersebar itu adalah kertas cadangan yang masih dalam proses dan belum diperkenankan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 
Admin-admin di media sosial diharapkan lebih bertanggungjawab dalam setiap posting. Jangan terlebih bijak dalam menyampaikan infomasi.
Sumber - HARAPAN ESOK


No comments: