Wednesday 12 February 2014

Ancaman Gunung berapi Sinabung ke atas Malaysia


Gunung Sinabung terletak kira-kira 370 km ke arah Barat dari Kuala Lumpur. Ia mula meletus pada 29 Ogos 2010 setelah kali terakhir meletus pada tahun 1600. Letusan demi letusan berlaku sehingga paling besar pada 1 Februari 2014. Debunya telah diramal gugur di barat laut Semenanjung hari ini 12 Februari 2014 seperti dilaporkan media Singapura.

Pengkaji vulkanologi menyebut bahawa fasa letusan Sinabung masih belum tamat. 
Ketika ini pula berlaku tiupan angin dari Sumatera ke arah Semenanjung Malaysia yang berlaku ketika Sinabung hanya berasap halus. 

Imej letusan 1 Februari 2014 dari wired.com

Dikhuatiri akan berlaku letusan susulan yang menyamai Tambora dan Krakatau memandangkan tiada pelepasan tenaga melalui proses vulkanologi berlaku di Sumatera, khususnya di bahagian utara yang kaya dengan gas asli, sejak aktiviti seismik meningkat bermula dari gempa bumi 9.0 pada skala Richter yang mencetuskan tsunami Aceh pada tahun 2004.

Imej hak Google Inc.

Adalah diharapkan agar tiada letusan besar berlaku ketika ini apabila angin dalam keadaan tidak menentu dalam tempoh terdekat ini kerana boleh ia merupakan sebuah bencana alam yang besar tidak pernah menjadi persediaan di negara ini walaupun menyedari jarak Gunung Sinabung ke Kuala Lumpur yang  lebih dekat dari Kuala Lumpur - Alor Setar ini menjadikan ia antara yang wajar diberi perhatian oleh pakar tempatan.

Vektor Angin 12/2/2014 Ihsan BMKG Indonesia