Setelah kejadian rampok dan bunuh yang dilakukan oleh warga negara Indonesia yang bekerja di sebuah perusahaan keamanan di Subang Jaya 23/10 lalu, satu penemuan mengejutkan telah ditemukan dari rekan pelaku.
Beberapa bukti menunjukkan bahwa rekan pelaku berseragam Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat yang kini bergerak di Malaysia sebagai pendatang asing tanpa izin dan magang sebagai anggota RELA.
Sebuah blog Melayu dikendalikan oleh seorang presenter TV, Mazidul Akmal Sidik telah mengungkapkan kekhawatiran masyarakat terkait hal ini.
Pemerintah Indonesia dan pihak militer dua negara harus bekerjasama untuk memberikan penjelasan terkait hal ini.
Ini bukan melibatkan soal pengintaian ketika pelaku kejahatan ini lebih bersifat rompak dan bunuh.
Mungkin juga, pelaku adalah preman yang di buru di Indonesia dan lari untuk melanjutkan aktivitasnya ke Malaysia. - TDM
"Kalau melihatkan maklumat dicetak di kad keahlian RELA milik warga Indonesia itu, dia sepatutnya berada di Cheras, Kuala Lumpur," ujar anggota RELA saya temui.
Arshanikum Endeyn, pemegang MyKad palsu ternyata secara mudah mengelirukan pihak berkuasa bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri terbabit tanpa dapat dikesan, klik di sini.
Mujur kes ini terbongkar kerana warga Kendari, Sulawesi Tenggara itu mungkin tidak menjangka, berikutan kes rompakan dan pembunuhan pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, identitinya sebagai kenalan facebook pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila, saya dedahkan di blog ini.
Baca di sini.
Facebook Arshanikum saya dapati masih tidak ditutup biarpun tidak aktif.
Mujur kes ini terbongkar kerana warga Kendari, Sulawesi Tenggara itu mungkin tidak menjangka, berikutan kes rompakan dan pembunuhan pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, identitinya sebagai kenalan facebook pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila, saya dedahkan di blog ini.
Baca di sini.
Facebook Arshanikum saya dapati masih tidak ditutup biarpun tidak aktif.
"Untuk mendaftar menjadi ahli RELA, orang awam perlu membawa Mykad dan 2 keping gambar dan mengisi borang pendaftaran. Sebelum keahlian diluluskan, RELA terlebih dahulu akan memeriksa samada mereka mempunyai rekod jenayah atau tidak. Bagaimanankah caranya? Hubungi pihak polis dan kemudian berikan nombor Mykad. Polis akan memaklumkan samada bakal ahli itu bebas rekod jenayah atau sebaliknya berdasarkan nombor MyKad diberikan melalui talian telefon sahaja tanpa melihat wajah dicetak di atas dokumen itu. Dalam kes ini, polis memeriksa rekod jenayah Hamdan Hamid, penduduk Sabah, bukan rekod Arshanikum," jelas anggota pihak berkuasa.
Nampaknya setakat ini RELA Malaysia masih terus membisu mengenai kes ini biarpun telah saya hubungi 3 hari lalu, memohon penjelasan. Tidak salah berterus-terang dengan masyarakat kerana kehadiran pegawai dan anggota RELA dilihat sebahagian daripada komuniti setempat.
Berbalik kepada tajuk entri ini, mengapakah pendatang tanpa izin, PATI warga Indonesia tergila-gila benar ingin menjadi anggota RELA? Pertama, mereka berpeluang mengetahui pelbagai maklumat sulit dikongsikan oleh pihak berkuasa. Contohnya, jika terbabit dalam operasi membanteras PATI senegara, pastinya maklumat seperti lokasi serbuan diketahui dan mudah dibocorkan.
Kedua, memiliki kad RELA sekaligus menjadikan identiti PATI itu lebih sukar disangsikan oleh orang ramai atau pihak RELA sendiri. Masakan angoota RELA memeriksa dokumen sesama sendiri.
Ketiga, jika PATI memandu kereta, vest RELA diberikan secara percuma pasti digantungkan di tempat penyangkut baju tempat duduk belakang. Jika terpaksa menempuh sekatan jalanraya polis, tentunya pakaian boleh dilihat jelas itu akan memberikan lebih peluang kepada mereka untuk menyelamatkan diri tanpa diperiksa secara teliti oleh pihak berkuasa. Majoriti anggota RELA juga saya perhatikan amat gemar memakai vest sama sewaktu menunggang motosikal, tatkala pulang daripada menjalankan tugas. Andai PATI memakai vest terbabit, adakah pihak yang akan memeriksa dokumen diri mereka? Barangkali ada tetapi kejadian itu jarang berlaku.
Keempat, PATI terbabit juga berpeluang mendapat bayaran elaun, RM6 sejam berikutan kerja mereka laksanakan.
No comments:
Post a Comment