Tuesday 18 February 2014

Gegaran di Gunung Merbabu bukan aktiviti vulkanologi




Semarang - Getaran beserta dentuman yang terjadi di lereng gunung Merbabu di Desa Sumogawe, Kecamatan Getasan, Kabupaten Semarang, telah dipastikan bukan disebabkan aktiviti gunung Merbabu.


Perkara ini disebut oleh Ketua BPBD Jawa Tengah, Sarwa Pramana. Ia mengatakan pihaknya telah berhubung balas sebaik mendengar maklumat tersebut.



"Saya hubungi mas Bandriyo dari pos pemantauan Merapi. Merapi selamat, Merbabu juga selamat," kata Sarwa ketika dihubungi detikcom, Isnin (17/2/2014).



Berkaitan bunyi dentuman itu, menurut Sarwa,  ia bukan berasal dari gunung Merbabu tetapi bunyi lain yang kebetulan terjadi bersamaan dengan gegaran itu.



"Dentuman itu belum diketahui puncanya, mungkin bunyi lain dikaitkan dengan gegaran," tambahnya.



Penduduk Desa Sumogawe kecoh akibat gegaran yang terjadi jam pukul 7.00 pagi waktu Malaysia. Kira-kira 16 rumah mengalami kerosakan kecil dan sebuah rumah rosak teruk selepas kejadian tersebut.



Menurut salah seorang penduduk, Suparman, getaran gegaran yang terjadi cukup kuat terjadi hingga genting rumah jatuh dan dinding rumah rosak. Selain itu ada penduduk yang ternampak cahaya seperti kilat di gunung Merbabu. - DETIKNEWS



No comments: