Wednesday 13 November 2013

Bunuh petinggi depag Pahang, pria mengaku tuhan jadi buronan kepolisian Malaysia



Pengadilan Rendah Syariah Kuantan hari ini mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap Harun Mat Saat , atau dikenal sebagai "Tuhan Harun" setelah ketua kelompok ajaran sesat itu gagal hadir buat kali kedua untuk proses manajemen kasusnya kemarin .

Harun , 47 , yang menghadapi 10 tuduhan berdasarkan Enakmen Administrasi Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 , juga gagal hadir pada sebutan pertama kasusnya , 20 Agustus lalu .
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al - Fakwie mengeluarkan surat perintah itu setelah permohonan diajukan Jaksa Agung Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf .

Pada 24 April lalu , Harun didakwa atas satu tuduhan di Pengadilan Tinggi Syariah dan 10 tuduhan di Pengadilan Rendah Syariah termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai tuhan .

Terdakwa yang tidak mengaku bersalah terhadap semua tuduhan dibebaskan dengan jaminan RM15 , 000 (Rp54,2 juta) bersama dua penjamin .

Sementara itu , Kepala Polisi Pahang Datuk Shariffuddin Abdul Ghani ketika dihubungi menegaskan tentang perintah penangkapan itu dan mengatakan polisi akan membantu Departemen Agama Islam Pahang ( JAIP ) mendeteksi Harun dan para pengikutnya yang kini dipercaya sedang bersembunyi .

Kelompok ajaran sesat Tuhan Harun kini diburu untuk membantu polisi dalam penyelidikan kasus bunuh Ketua Otoritas Agama JAIP Ahmad Raffli Abdul Malik , 49 , Minggu lalu .

Ahmad Raffli atau dikenal sebagai Ustaz Raffli , mati setelah terkena tembakan di dada kanan dan tenggorokan yang dilepaskan seorang dari tiga tersangka yang tidak dikenal .

Shariffuddin mengatakan sejauh ini hanya dua dari 31 pengikut kelompok Tuhan Harun yang telah menyerah diri dan pernyataan mereka telah direkam .

" Saya harap 29 lagi pengikut kelompok ini akan turut serah diri seperti yang diminta oleh Inspektur Jenderal Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membantu penyelidikan kasus tersebut , " katanya .

Namun , katanya , kedua anggota kelompok yang menyerah diri itu gagal mengecam tersangka pertama kasus tembak tersebut .

Dikenal sebagai seorang penegak agama yang tegas , Ustaz Raffli terpercaya menangani dua kasus pidana syariah melibatkan kelompok ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan Syiah di Pahang . - BERNAMA

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap 'Tuhan Harun'


KUANTAN 13 Nov. - Mahkamah Rendah Syariah Kuantan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun Mat Saat, atau dikenali sebagai ’Tuhan Harun’ selepas ketua kumpulan ajaran sesat itu gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kesnya semalam.

Harun, 47, yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas.
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.

Pada 24 April lepas, Harun didakwa atas satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai tuhan.

Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Shariffuddin Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai waran tangkap itu dan berkata polis akan membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesan Harun dan para pengikutnya yang kini dipercayai sedang bersembunyi.

Kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun kini diburu bagi membantu pihak polis dalam siasatan kes bunuh Ketua Penguatkuasa Agama JAIP Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, Ahad lepas.


Ahmad Raffli atau dikenali sebagai Ustaz Raffli, mati selepas terkena tembakan di dada kanan dan kerongkong yang dilepaskan seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali.

Shariffuddin berkata setakat ini hanya dua daripada 31 pengikut kumpulan Tuhan Harun yang telah menyerah diri dan kenyataan mereka telah direkodkan.

"Saya harap 29 lagi pengikut kumpulan ini akan turut serah diri seperti yang diminta oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua anggota kumpulan yang menyerah diri itu gagal mengecam suspek pertama kes tembak berkenaan.

Dikenali sebagai seorang penguatkuasa agama yang tegas, Ustaz Raffli dipercayai mengendalikan dua kes jenayah syariah melibatkan kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan Syiah di Pahang. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131113/ma_14/Mahkamah-keluar-waran-tangkap-terhadap-Tuhan-Harun#ixzz2kXIJjPq7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: