Wednesday, 20 November 2013

Indonesia hentikan latihan ketenteraannya dengan Australia serta-merta

Panglima TNI Jenderal Moeldoko (dok detikcom)

Indonesia menghentikan serta merta latihan ketenteraannya dengan Australia susulan arahan Presiden agar ia dihentikan sementara waktu berikutan insiden intip dengar Australia ke atas komunikasi Presiden dan isteri seperti yang didakwa Edward Snowden, individu yang mendedahkan berlakunya hal ini. 

Rabu, 20/11/2013 19:47 WIB

TNI Tarik Personel dan 6 F16 dari Australia, Stop Latgab di Lembang


Mega Putra Ratya - detikNews

Jakarta - Angkatan Tentera Indonesia menghentikan latihan bersama Tentera Udara Indonesia dengan Tentera Udara Australia di Darwin , Australia , menarik anggota serta 6 pesawat F16 hari ini berikutan arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) untuk menghentikan dahulu sebarang kerjasama tentera. TNI juga menghentikan latihan Kopassus dengan tentera Australia di Lembang .

"Sekarang ini kita mula menghentikan latihan yang sedang berjalan di Australia . Ada ' Elang Ausindo ' sekarang yang seharusnya sampai tarikh 24  November 2013 , saya hentikan sekarang  dan 6 pesawat F16 di sana, mereka kembali," kata panglima TNI Jenderal Moeldoko . - DETIKNEWS


Pria Mengaku Tuhan Ditangkap Di Johor



KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polisi hari ini berhasil membekuk pemimpin kelompok 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Pria berusia 47 tahun itu ditangkap sekitar pukul 3.30 sore ini oleh tim polisi yang memburunya untuk membantu penyelidikan kasus pembunuhan aparat penegak Departemen Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmaf Rafli Abdul Malik pada 10 November lalu. - UTUSAN ONLINE

Ketua kumpulan 'Tuhan Harun' diberkas di Johor


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis hari ini berjaya memberkas ketua kumpulan 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang ini oleh sepasukan polis yang memburunya bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmaf Rafli Abdul Malik pada 10 November lalu. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, 19 November 2013

Kes Pengintipan : Indonesia Panggil Pulang Dutanya Di Australia


JAKARTA: Indonesia bersikap tegas berhubung insiden intip dengar perbualan telefon Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Wanita Pertama Indonesia Ibu Ani Yudhoyono serta beberapa anggota kabinet oleh pihak Australia, dengan memanggil pulang Duta Besarnya ke Australia di Canberra, Nadjib Riphat.

Serentak dengan itu Indonesia juga akan mengkaji semula hubungan kerjasama dan pertukaran maklumat dengan Australia.

Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa berkata pemanggilan pulang Duta Besarnya itu adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku di Australia.

Keputusan itu dibuat kerana Indonesia berpendapat Duta Besarnya tidak akan dapat melakukan tugas dengan baik di tengah isu intip dengar yang sedang hangat diberitakan sekarang, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

"Saya berpesan agar Duta Besar tidak hanya membawa beg kabin. Kami menunggu jawapan dari pemerintah Australia dan akan melakukan langkah satu per satu secara terukur," kata Marty.

Menteri Luar Indonesia itu berharap kerajaan Australia tidak meremeh dan mengecilkan isu itu kerana ia amat mengganggu keselesaan Indonesia.

Laporan media menyebut bahawa agensi perisikan Australia telah cuba mengintip dengar perbualan telefon Yudhoyono dan isterinya serta beberapa menteri kanan Indonesia pada tahun 2009.

Dokumen rahsia yang dibocorkan oleh Edward Snowden dan diterima media penyiaran Australia Broadcasting Corporation (ABC) dan akhbar harian The Guardian menyebut bahawa Presiden Indonesia dan sembilan orang terdekatnya sebagai sasaran intip dengar itu.

Marty berkata Indonesia berada pada kedudukan tidak melanggar peraturan hubungan antarabangsa dan berada dalam tatalaku yang baik dari segi undang-undang dan beradab dalam hubungan dua hala.

Katanya Kementerian Luar Negeri telah memanggil Kuasa Usaha Australia di Jakarta untuk mendengarkan pendirian Indonesia itu dan sedang dalam proses menghubungi Menteri Luar Australia Julie Bishop.

Mengenai kajian semula terhadap hubungan kerjasama Indonesia-Australia, Marty berkata ia termasuk langkah memastikan pelaksanaan prinsip timbal balik dalam kerjasama maklumat iaitu mengkaji semula jumlah pegawai Indonesia di Canberra dan pegawai Australia di Jakarta yang bertugas menangani masalah maklumat.

Langkah itu adalah bagi memastikan prinsip timbal balik itu dihormati dan dilaksanakan oleh kedua-dua negara, katanya.

"Ini bukan hari yang baik bagi hubungan Indonesia-Australia kerana isu intip dengar sangat membawa kesan dalam hubungan kedua-dua negara. Namun, Indonesia adalah negara yang sanggup untuk berfikir secara rasional, untuk melakukan tindakan tegas namun terukur," kata Marty.

Sementara itu Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia Djoko Suyanto yang bercakap kepada media Indonesia, mendesak kerajaan Australia segera memberi penjelasan rasmi dan kepada masyarakat awam berhubung isu itu, selain mendesak negara itu agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan. - ASTRO AWANI